20090302

BERPERANG LAGI

Pagi - pagi lagi.
Si Gadis telah digegar oleh bonda.
Tapi, Si Gadis tetap bangun dengan senyuman.
Dia mahu mulakan hari nya dengan sempurna.

Si Gadis lepas membersihkan diri,
Perkara pertama adalah mengadap dunia it dahulu.
Di hidupkan pc, dan ditunggu.
Ketika itu,Si Gadis mendengar bunyi nada dering yang amat dikenalinya.
Ya itu bunyi dari talipon bimbit nya.

Si Gadis mula meraba- raba mencari harta nya itu.
Tiada.
Lantas Si Gadis ke hadapan.
Ke bilik yang adik perempuannya bersemanyam.
Di lihatnya, talipon bimbit nya di tangan si adik.
Si Gadis, berkata pada si adik.
"Tu hendpon aku kan.ko nak wat ape?"
Si adik dengan muka toya berkata,
"Henpon aku kena rampas dekat sekolah,ko pakai henpon lain."
Apakah?? talipon apa? talipon rumah?

Si Gadis mempertahankan hak nya,
Namun, si adik berdegil dan mencercanya.
Si Gadis terpaksa merampas. Terpaksa. Bukan dengan kasar.
Hanya direntap talipon tersebut dan ditanggalkan kad simnya.

Si Adik menjerit - jerit kemarahan.
Dan bertindak mematahkan barang - barang kepunyaan si gadis.
Skarf rambut, aksesori, dan barang-barang didalam bilik.
Si Gadis dengan berang, memarahinya,
dan menghala kebilik si adik untuk mencari barang yg boleh dikerjakan.
Tapi, tidak sampai hati.
Si Adik bertambah berang.
Dia ke bilik Si Gadis, dan diambilnya gitar kesayangan si gadis,
Dan DIHENTAKKAN ke dinding.
Berlobang gitar tersebut, hancur.sebagaimana hati sigadis.

Si Gadis yang tergamam melihat gitarnya diperlakukan begitu,
Terduduk. Kaku.
Seketika kemudian, bangun seperti di rasuk syaitan,
Menghala ke Si Adik dengan niat untuk 'memberi tunjuk ajar'
TAPI
Di halang bonda.
Si Gadis dan si adik, tetap tidak mengalah,
meronta - ronta ingin berlawan.
(sila bayangkan adegan wresling wwf dan bonda menjadi refferee)
Si Adik lelaki dan si pembantu rumah juga turut meleraikan.

Seketika kemudian Si Gadis penat.
Tersandar dia di kerusi. Meratap sedih gitar kesayangan beliau.
Di tangis nya sambil di hiasi dengan cerca dan makian si adik.
Bonda masuk kebilik si adik dan bercakap dan menenangkan si adik.
Si Gadis agak pasti bonda menyebelahinya.

hairan.
Adik yang sentiasa disayangi. Kalau boleh tidak ingin disakiti,
sanggup bertindak kejam.
Selama dia kecil, Si Gadis ini, yang menjaganya, mencantikkan dan menemaninya.
Tapi, Si Adik langsung tidak hargai,
Mentang - mentang badannya sudah sama besar dengan di Si Gadis.
Memang langsung tidak hargai.

Jadi itulah pagi Si Gadis. Belum lagi pukul 12.00 tengahari.
Si Gadis ketika ini menaip catatan hati beliau sambil bergenang air mata.
Merenung gitar kesayangan beliau yang hancur..

Oh Nasib baik babuji bekerja. Kalau tidak. Tamat riwayat.

1 ulasan:

Kapten Luffy berkata...

huhhu...

samalah mcm aku yg besar sebagai kambing hitam dalam rumah..