20080808

BAHAGIA APA?

Setiap manusia punya perasaan.
Bukannya dilahirkan buta hati.buta perasaan.
Binatang juga punya perasaan.
Bunga Orkid juga. Tak percaya?

Bagaimanakah kehidupan manusia yang bahagia?
Yang ditatang oleh keluarga?

Kalau Kaya, boleh bahagiakah?
Tidak. Masing-masing akan sibuk untuk menjalani kehidupan.
Kalau Miskin, boleh bahagiakah?
Tidak. Masing-masing sibuk mencari jalan untuk makan.

Bagaimana ya.
Ajarkan tolong.

20080724

SENYAP ATAU MATI

Bagaimana anda menangis?..
Aku ingin tahu...
Tapi sekarang...aku ceritakan dahulu pada anda.
Bagaimana Si Gadis Menangis.

Si Gadis itu di hentam secukupnya.
Namun untuk Si Gadis itu menjerit, tidak sekali-kali.
Si Gadis tahu jika dia menjerit,
makin peritlah tubuh nya.
Jadi ditangis nya di dalam hati. Cuma air mata menitik.

Si Gadis DiLibas menggunakan Tali Pinggang Kulit Berkepala Besi.
Ketika itu, dia sedang membaca buku diatas katilnya.
Adik-adiknya bermain dibiliknya,
mereka bersuka riang sehingga tiba-tiba mereka bergaduh,menangis.
Babuji yang mendengar, segera datang. Bukan untuk memujuk.
Tapi melibas untuk Si Gadis. Zaaaaaaaaap~~ ah. sedap.
Walaupun Si Gadis tidak bersalah, dia redha.
Dikatakan didalam hati, dirinya yang sengaja mencari pasal, tidak menjaga adik dengan baik.

Pernah Si Gadis dipukul dan dihentam sehingga tidak tertahan sakitnya.
Terjerit suara garau dari bibir nya.
Di Hentam lagi kepalanya..
Termeng'aduh'
DiPijak kepalanya.

Untuk menangis, Si Gadis perlukan sebiji bantal.
Di hempap kan wajahnya ke batal itu, dan ditangisnya sendiri.
Tetapi! Tidak boleh bersuara. Senyap.Air mata yang mengalir.
Dan dipura-purakan Si Gadis untuk Tidur. Segan tangisnya ditonton.

20080705

TUTUP PINTU

Macammana seorang gadis mahu menukar baju tanpa pintu bilik nya ditutup.

Kenapa wujud seorang babuji yang tidak membenarkan anak gadisnya menutup daun pintu biliknya sendiri?

Tidakkah seorang lelaki harus tahu, seorang wanita/perempuan itu memerlukan sedikit ruang privacy?

Apakah yang babuji cuba pantau? Sehingga, pintu bilik Si Gadis tidak dibenarkan ditutup.
Jika ditutup, Babuji akan datang dengan langkah seperti kingkong dan mata yang sengaja dibeliak-beliakkan dan dibuka pintu dengan ganasnya. Ditenungnya Si Gadis seperti mahu ditelan nya hidup- hidup.

Si Gadis yang malang, hanya mampu diam seribu bahasa dan kaku. statik pergerakannya buat beberapa lama. Takut akan dirinya dibaling, kerusi dari meja mekap.

Mengapa? Manusia. Tahukah kamu.
Seorang wanita/perempuan/gadis/kanak-kanak perempuan, pokok pangkalnya female,
perlukan privacy?

Tolong lah Babuji.
Si Gadis perlu menutup pintu.

20080701

AKU BERNAFAS

Si gadis ini masih bernafas.
Masih punya kekuatan untuk hidup.
Dan si gadis ini masih mencari- cari siapakah dirinya sendiri.
Manakah hala tuju. Si Gadis ini perlu di pimpin.Perlu di Bimbing.

Aku hidup dalam kehidupan yang sederhana.
Aku kenal yang mana baik. Yang mana buruk.

tapi..

Aku tidak tahu siapa kawan.Siapa lawan.
Siapa berpura-pura.Siapa bela kura-kura.

Tolong aku cari diri aku.

20080607

KELUARGA BAHGIA

Tolong. Aku pinta di ajar. Apakah maksud keluarga bahgia?
Keluarga bahagia itu harus punya apa? apa ciri nya? Ajari aku.

Aku punya ayah. Babuji. Babuji ku. Sangat Prihatin. Menyediakan makanan dan minuman yang sempurna. Cukup. Aku tidak pernah kelaparan. Tidak laparkan makanan bukan bermakna aku tidak laparkan kasih sayang. Aku juga selalu diberi elaun. Elaun penumbuk dan penerajang yang tegar. Hentakkan kepala kedinding sudah lali. Tarikan rambut hingga luka kulit kepala juga seringkali. Ah, biarlah. beliau kan babuji yang amat menyayangi anaknya. Cuma anaknya yang ini.
Aku redha,aku inikan 'punching bag'nya. Kasihan. Beliau mahu menceburkan diri dalam dunia WWE. Namun, tiada lobang untuk digali.

Aku punya bonda. Bijak dan pandai memajukan diri sendiri. Boleh juga digelar ibu moden. Ya. Bonda ku pandai mencari wang. Pernah tinggal berjauhan dari keluarga semata-mata untuk menambah pendapatan keluarga. Anak-anak nya di tinggalkan dan masih punyai ikatan yang sah bersama babuji. Pulang melihat anak setahun beberapa kali. Pernah juga kami beraya tanpa beliau disisi.
Ah, peduli apa semua itu. Yang penting bonda ku baik. Selalu mencium dan memelukku tiap kali punya peluang. Walau bukan tiap hari.

Aku punya abang - abang. Abang yang besar kepala. Beza umur hanya beberapa tahun dari aku.
Namun, lagaknya dialah yang hebat. Yang satu itu memang hebat. Tidak aku nafi. Menuntut di institusi pengajian yg boleh dibanggakan. Yang satu lagi itu. Hanyut dek pengaruh rakan. Dalam dunianya sendiri. Tidak aku ingin tahu. Cuma, satu persamaan mereka, sama seperti babuji..
menjadikan aku ini 'punching bag'. aku yang dimarahi dimaki dicaci. Hadiah? Oh, Kuali di dapur, sering singgah ke kepala ku. Di acukan pisau? Diugut bunuh? Takperlu lah kata lagi.

Aku punya adik - adik. Yang aku jaga, aku tatang bagai minyak penuh, dari kecil. Dari memakai pampers mami poko hingga kotex. Dari memakai spender print bola tenis hingga boxer. Yang waktu tidurnya, tangan aku diperlukan untuk memeluk. Yang mandi dan pakainya, aku yang urus. Ya, kini mereka hargai. Hargai dengan makian. Dengan pukulan bertubi. Dahulu, tiadalah aku menumbuknya, waktu menangis..uwekk-uweekk kelaparan.waktu cretttttt~ tercirit.
Tapi, mungkin sekarang dilihatnya ahli keluarga yang lain perlaku ku begitu.idola.

Dan aku. Seorang anak.Seorang adik, seorang kakak. Seorang Gadis.

Dari kecil hidup tanpa kasih yang sempurna.

Di tumbuk dipukul seawal usia 7 tahun, atau kurang.
Tidak mengapa, mungkin wajah Nirmala Bonat yang mereka nampak pada diriku.
Mentang - mentang lah aku yang uruskan segalanya.

Waktu remaja ku dihabiskan tanpa bonda disisi. dari sekolah rendah. hingga habis sekolah menengah. Dan sepanjang waktu itu lah terseksa batin aku tiada yang tahu.

20080606

AKU LAH GADIS ITU

Selama mana aku menunggu, bulan jatuh ke riba, selama itu juga aku berkeinginan untuk punyai blog yang mencerita kisah kehidupan aku sebenar-benarnya.

Tidaklah diri ini begitu naif tentang IT. Tidak juga baru mempelajari. Dunia cyber dihujung jari ini telah lama juga aku kenali. Namun, inilah saatnya.. Saat untuk aku membebaskan kisah aku. Kisah hidup ku. Kisah gelapku. Kisah suka ku. Kisah sedih ku. Kisah susah ku. Pokok Pangkalnya cerita tentang aku. Tentang diri sebenar aku. Luahan hati yang tiada tempat lain untuk dikongsi.

Baik. Pembuka cerita. Aku.

Aku Si Gadis. Ya, kenali aku dgn nama itu. SG.

Aku punya keluarga. Bahagia. Bahagia sehingga aku dibelai menggunakan kaki. Dimanjai dengan hentakkan dikepala. Dihormati dengan dipandang hina.

Aku punya pelajaran. Tidaklah secerdik Albert Einstein. Namun tidaklah sedungu Pak Pandir.
Aku masih pandai mengira. Pandai dan memahami bahasa inggeris. Tahu nilai harga mata wang.
Semasa disekolah, berada di kelas bodoh semasa darjah satu hingga tiga. Namun, dari darjah empat sehingga tingkatan lima, berada dikelas pertama. Namun, oleh kerana mengikut rakan, aku menurunkan diri sendiri ke kelas kedua, supaya dapat bersama dengan nya.

Aku seorang yang periang, jika di lihat dengan mata kasar. Mereka selalu melihat aku bergelak ketawa. Menyanyi suka ria. Marah ketika di marahi namun senyum kembali dalam tidak kurang sehari. Jika, mereka yang mengenali aku, mereka akan kata aku gila-gila, sengal ubi. Tapi kasihan mereka..hanya melihat lakonan ku untuk menutup kesedihan yang dialami.

Aku tidak mewah. Aku tidak kaya. Dan aku juga tidak lah begitu susah sehingga perlu menagih simpati dan menadah untuk sepinggan nasi. Aku sederhana.

Aku tidaklah cantik. Namun tidak pula hodoh. Aku Tidak tinggi, Tidak Pendek. Tidak kurus dan tidak juga gemuk. Aku yang sedang-sedang sahaja.

Aku masih muda. Masih belajar mengenal dunia.

Tujuan aku bercerita disini, bukan lah untuk mengaibkan diri. bukan untuk minta simpati.
Aku tidak punya tempat lagi untuk bercerita, hanya disini.

Jadi, jadikan lah cerita-cerita aku teladan buat kalian. Hargai apa yang kalian punya waktu ini.