20080606

AKU LAH GADIS ITU

Selama mana aku menunggu, bulan jatuh ke riba, selama itu juga aku berkeinginan untuk punyai blog yang mencerita kisah kehidupan aku sebenar-benarnya.

Tidaklah diri ini begitu naif tentang IT. Tidak juga baru mempelajari. Dunia cyber dihujung jari ini telah lama juga aku kenali. Namun, inilah saatnya.. Saat untuk aku membebaskan kisah aku. Kisah hidup ku. Kisah gelapku. Kisah suka ku. Kisah sedih ku. Kisah susah ku. Pokok Pangkalnya cerita tentang aku. Tentang diri sebenar aku. Luahan hati yang tiada tempat lain untuk dikongsi.

Baik. Pembuka cerita. Aku.

Aku Si Gadis. Ya, kenali aku dgn nama itu. SG.

Aku punya keluarga. Bahagia. Bahagia sehingga aku dibelai menggunakan kaki. Dimanjai dengan hentakkan dikepala. Dihormati dengan dipandang hina.

Aku punya pelajaran. Tidaklah secerdik Albert Einstein. Namun tidaklah sedungu Pak Pandir.
Aku masih pandai mengira. Pandai dan memahami bahasa inggeris. Tahu nilai harga mata wang.
Semasa disekolah, berada di kelas bodoh semasa darjah satu hingga tiga. Namun, dari darjah empat sehingga tingkatan lima, berada dikelas pertama. Namun, oleh kerana mengikut rakan, aku menurunkan diri sendiri ke kelas kedua, supaya dapat bersama dengan nya.

Aku seorang yang periang, jika di lihat dengan mata kasar. Mereka selalu melihat aku bergelak ketawa. Menyanyi suka ria. Marah ketika di marahi namun senyum kembali dalam tidak kurang sehari. Jika, mereka yang mengenali aku, mereka akan kata aku gila-gila, sengal ubi. Tapi kasihan mereka..hanya melihat lakonan ku untuk menutup kesedihan yang dialami.

Aku tidak mewah. Aku tidak kaya. Dan aku juga tidak lah begitu susah sehingga perlu menagih simpati dan menadah untuk sepinggan nasi. Aku sederhana.

Aku tidaklah cantik. Namun tidak pula hodoh. Aku Tidak tinggi, Tidak Pendek. Tidak kurus dan tidak juga gemuk. Aku yang sedang-sedang sahaja.

Aku masih muda. Masih belajar mengenal dunia.

Tujuan aku bercerita disini, bukan lah untuk mengaibkan diri. bukan untuk minta simpati.
Aku tidak punya tempat lagi untuk bercerita, hanya disini.

Jadi, jadikan lah cerita-cerita aku teladan buat kalian. Hargai apa yang kalian punya waktu ini.

Tiada ulasan: