20090304

SOSIAL SI GADIS

Hari ini Si Gadis bermesej dgn seorang rakannya.
Si Gadis menjadikannya tempat meluahkan perasaan.
Bercerita perihal keluarga dan cinta yang kecundang.
Tup - tup di balas,
"maybe you ni da sosial sangat kot"
Sosial? whatt da!

ok ok.
Mari bercerita tentang kisah sosial si gadis.

Dari kecil, Si Gadis perlu memikul tanggungjawap menjaga adik-adiknya
kerna ketiadaan bonda yang bekerja beratus ribu kilometer jauhnya.
Jadi dari kecil,
Tiada melepak selepas habis sekolah.
kerna perlu menjaga kebajikan adik-adik yg kecil.
Pada waktu cuti, berada dirumah kerna abang-abang pulang.Dan ialah satu satunya waktu untuk dihabiskan bersama. Walaupun tidak lah sebahagia mana.

Selepas habis sekolah.
Si Gadis Tidak pernah merokok.
Si Gadis Tidak pernah mabuk.
Si Gadis tidak pernah melepak-lepak ditempat yg remaja selalu lepak.
Si Gadis tidak seksi.
Si Gadis tidak bergaul bebas.
Si Gadis tidak keluar bersama lelaki mahupun perempuan.
Si Gadis Di rumah!
Masa terluang nya hanya di rumah.
Walaupun pernah dipelawa oleh rakan untuk mencucuk langit dikelab -kelab terkemuka,
Si Gadis tidak pernah sesekali terbuka hatinya.

Bukanlah Si Gadis ini berkata dirinya baik.
Tapi Si Gadis ini rasa tidak banyak juga dosa dosa besar yang dilakukan.
Tetapi mengapa..mengapa ini jalan hidup untuk Si Gadis?
Terseksa dari Besar sampai kecil..

Ya Si Gadis tidak punya kawan.
Bukan kerna Si Gadis sombong. Tapi, jikalau berjaya berbuat kawan,
Si Gadis pasti tidak dapat mengekalkan perhubungan kawan tersebut kerna gagal untuk menghadiri perjumpaan atau pergaulan mereka.
Si Gadis lebih suka duduk dirumah.
Ya, mungkin Si Gadis anti-sosial.
Mungkin. Tapi, Si Gadis tidak pernah mengadili manusia.
Siapa yang ingin berkawan, diterima dengan baik.

3 ulasan:

fuzz berkata...

aku pon anti sosial..dan aku xsuke manusia yg perasan sosial..

msuhaimi2007 berkata...

Aku mahu bersosial. Kerana aku tidak bersosial. Belajar dan bekerja hanya dalam lingkungan sosial aku.

Menjadi sosial tak salah jika masuk ke dalam tempat yang betul.

Aku tidak pernah tunjuk langit di malam hari, tidak merokok dan tidak minum arak.

Dan sosial aku juga dikalangan bukan dari mereka2 yang tidak baik.

Asal hati baik, ada pada tempat dan masa yang betul, semua akan jadi baik.

Aku juga tidak baik. Dan aku sedang belajar menjadi baik... di mata sendiri dan di mata orang..

aku ucap selamat ya...!

sumere berkata...

kurang memahami apa yang dic0retkan