Tolong. Aku pinta di ajar. Apakah maksud keluarga bahgia?
Keluarga bahagia itu harus punya apa? apa ciri nya? Ajari aku.
Aku punya ayah. Babuji. Babuji ku. Sangat Prihatin. Menyediakan makanan dan minuman yang sempurna. Cukup. Aku tidak pernah kelaparan. Tidak laparkan makanan bukan bermakna aku tidak laparkan kasih sayang. Aku juga selalu diberi elaun. Elaun penumbuk dan penerajang yang tegar. Hentakkan kepala kedinding sudah lali. Tarikan rambut hingga luka kulit kepala juga seringkali. Ah, biarlah. beliau kan babuji yang amat menyayangi anaknya. Cuma anaknya yang ini.
Aku redha,aku inikan 'punching bag'nya. Kasihan. Beliau mahu menceburkan diri dalam dunia WWE. Namun, tiada lobang untuk digali.
Aku punya bonda. Bijak dan pandai memajukan diri sendiri. Boleh juga digelar ibu moden. Ya. Bonda ku pandai mencari wang. Pernah tinggal berjauhan dari keluarga semata-mata untuk menambah pendapatan keluarga. Anak-anak nya di tinggalkan dan masih punyai ikatan yang sah bersama babuji. Pulang melihat anak setahun beberapa kali. Pernah juga kami beraya tanpa beliau disisi.
Ah, peduli apa semua itu. Yang penting bonda ku baik. Selalu mencium dan memelukku tiap kali punya peluang. Walau bukan tiap hari.
Aku punya abang - abang. Abang yang besar kepala. Beza umur hanya beberapa tahun dari aku.
Namun, lagaknya dialah yang hebat. Yang satu itu memang hebat. Tidak aku nafi. Menuntut di institusi pengajian yg boleh dibanggakan. Yang satu lagi itu. Hanyut dek pengaruh rakan. Dalam dunianya sendiri. Tidak aku ingin tahu. Cuma, satu persamaan mereka, sama seperti babuji..
menjadikan aku ini 'punching bag'. aku yang dimarahi dimaki dicaci. Hadiah? Oh, Kuali di dapur, sering singgah ke kepala ku. Di acukan pisau? Diugut bunuh? Takperlu lah kata lagi.
Aku punya adik - adik. Yang aku jaga, aku tatang bagai minyak penuh, dari kecil. Dari memakai pampers mami poko hingga kotex. Dari memakai spender print bola tenis hingga boxer. Yang waktu tidurnya, tangan aku diperlukan untuk memeluk. Yang mandi dan pakainya, aku yang urus. Ya, kini mereka hargai. Hargai dengan makian. Dengan pukulan bertubi. Dahulu, tiadalah aku menumbuknya, waktu menangis..uwekk-uweekk kelaparan.waktu cretttttt~ tercirit.
Tapi, mungkin sekarang dilihatnya ahli keluarga yang lain perlaku ku begitu.idola.
Dan aku. Seorang anak.Seorang adik, seorang kakak. Seorang Gadis.
Dari kecil hidup tanpa kasih yang sempurna.
Di tumbuk dipukul seawal usia 7 tahun, atau kurang.
Tidak mengapa, mungkin wajah Nirmala Bonat yang mereka nampak pada diriku.
Mentang - mentang lah aku yang uruskan segalanya.
Waktu remaja ku dihabiskan tanpa bonda disisi. dari sekolah rendah. hingga habis sekolah menengah. Dan sepanjang waktu itu lah terseksa batin aku tiada yang tahu.
20080607
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan